Wednesday, 24 October 2012

Idealisme Penulisan

Bismillilah, ku mula kalam ini dengan nama rabbul jalil yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Lafaz Alhamdulilah juga dipanjatkan dengan perasaan syukur kepada ilahi dengan kurnianya penulis diberikan peluang untuk hidup sekali lagi di alam fana untuk melakukan segala perintahnya dan meninggalkan larangannya.

Doa pemimpin terhadap keamanan negara.
Malah nikmat keamanan dan kesyukuran yang dikecapi Malaysia selama ini adalah anugerah Allah terhadap usaha dan ikhtiar tangan-tangan para pemimpin tanah air selama ini yang menyusun langkah dan memainkan peranan untuk memajukan negara walaupun bersilih ganti kepimpinan negara.

Sebenarnya penulis sendiri segan untuk melakar karangan dalam blog ini memandangkan terdapat rakan-rakan seangkatan penulis dalam bidang kewartawan lebih arif daripada penulis. Tetapi bak pepatah Melayu "Alah Bisa, Tegah Biasa", sehubungan itu penulis merasakan adalah wajar idea terpendam selama ini dipendamkan dapat diketengahkan dalam penulisan blog.

Terdapat kebanyakkan rakan penulis juga menulis blog, tetapi mereka banyak menceritakan tentang soal masakan, pengembaraan malah turut diceritakan kisah percintaan. Semua manusia, walaupun rambut sama hitam, tapi hati lain-lain, oleh demikian corak penulisan blog ini adalah berkisar soal isu semasa dan politik negara.

Penulis terpanggil menulis blog ini secara jujurnya mengakui Pilihan Raya Umum hampir tiba, wajarnya sebagai penyokong keamanan yang mahu kerajaan sedia ada iaitu Barisan Nasional dikekalkan, maka adalah satu kewajipan bagi penulis untuk menangkis dakyah dan dakwaan yang dibuat oleh pihak pembangkang.

Sebaliknya teguran terhadap kepimpinan negara juga akan diketengahkan agar ia dapat memperbaiki atau mem`transformasi'kan kerajaan sedia supaya menuju ke arah terbaik dan berwawasan. Penulis tidak mahu disifatkan kaki kipas atau `kaki bodek' tetapi dalam perjuangan kita mestilah ikhlas tanpa mengira wang atau pangkat mahupun pengaruh.

Penulis sudah banyak berjumpa pemimpin politik antaranya seperti Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan dan lain-lain lagi yang mereka dilihat berpotensi memacu kepimpinan negara pada masa akan datang dengan melihat keikhlasan mereka berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

Dalam penulisan blog ini, penulis akan menyentuh aspek agama dalam pembentukan negara termasuk dasar-dasar Islam yang dilakukan bermula Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang parlimen baru-baru berhubung Malaysia bukan negara sekular telah memperlihatkan kebijaksaan kerajaan dalam membentuk tanah air kepada sebuah tamadun Islam yang mampu mengulang sejarah kegemilangan agama itu.

Kita tidak mahu usaha itu terbantut dengan usaha pembangkang yang mahu memerintah negara walaupun Pas mendakwa misi mereka adalah negara Islam walaupun ditukar kepada Negara Kebajikan. Soal antara negara Islam dan Negara Kebajikan akan disentuh pada tajuk seterusnya.

Rakyat boleh nilai keikhlasan DAP dan PKR sendiri untuk mengekalkan Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Tindak tanduk mereka selama ini menunjukkan mereka gagal untuk menghormati agama Islam menerusi kenyataan para pemimpin selama ini termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh demikian, penulis berharap pembaca boleh mengambil iktibar kecil daripada penulisan sebentar tadi dengan harapan ia dapat disebarkan kepada seluruh rakyat Malayasia.

SaudaraMu Di Dalam Islam 9 Zulhijjah 1433

No comments:

Post a Comment